KEKUATAN SEDEKAH
Diceritakan dalam sebuah
hadist yang diriwayatkan
oleh Turmudzi dan
Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala
menciptakan bumi, maka
bumipun bergetar. Lalu
Allah menciptakan
gunung dengan kekuatan
yang telah diberikan
kepadanya, ternyata
bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan
akan penciptaan gunung
tersebut. Kemudian
mereka bertanya "Ya
Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada
gunung ?"
Allah menjawab, "Ada,
iaitu besi". (Kita mafhum
bahawa gunung batupun
boleh menjadi rata ketika
dikorek/bore dan
diratakan oleh buldozer
atau sejenisnya yang
dibuat dari besi). Para malaikat bertanya
lagi "Ya Rabbi, adakah
sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih
kuat daripada besi ?". Allah yang Maha Suci
menjawab, "Ada, iaitu
api". (besi walau sekeras
manapun boleh menjadi
cair dan hancur setelah
dibakar api). Para malaikat kembali
bertanya "Ya Rabbi,
adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih
kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung
menjawab, "Ada, iaitu
air". (api membara
sedahsyat apapun niscaya
akan padam jika disiram
air). Para malaikatpun
bertanya kembali "Ya
Rabbi, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada
air ?". Allah yang Maha Tinggi
dan Maha Sempurna
menjawab, "Ada, iaitu
angin". (air disamudera
yang luas akan serta
merta terangkat,
bergulung-gulung dan
menjelma menjadi
gelombang raksasa yang
dahsyat, tiada lain kerana
kekuatan angin. Angin
ternyata memiliki
kekuatan yang teramat
dahsyat). Akhirnya para
malaikatpun bertanya lagi
"Ya Allah, adakah sesuatu
dalam penciptaan-Mu
yang lebih dahsyat dari itu
semua ?". Allah yang Maha Gagah
dan Maha Dahsyat
kehebatannya menjawab,
"Ada, iaitu amal anak
Adam yang mengeluarkan
sedekah dengan tangan
kanannya sementara
tangan kirinya tidak
mengetahuinya ", ertinya, yang paling hebat,
paling kuat dan paling
dahsyat sebenarnya
adalah orang yang
bersedekah tetapi tetap
mampu menguasai
dirinya, sehingga sedekah
yang dilakukannya bersih ,
tulus dan ikhlas tanpa ada
unsur menunjuk-nunjuk
ataupun supaya diketahui
orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas
ini, RasulAllah SAW
mengingatkan dalam
pidatonya ketika beliau
sampai di Madinah pada
waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia
Sesungguhnya amal itu
tergantung kepada niat ,
dan seseorang akan
mendapatkan (pahala)
sesuai dengan apa yang
diniatkannya".
Oleh kerana itu
hendaknya kita selalu
mengiringi sedekah kita
dengan niat yang ikhlas
hanya kerana Allah
semata, tanpa berasa
ingin dipuji, dianggap
dermawan, dihormati, dll
yang dapat menjadikan
sedekah kita menjadi sia-sia.
GANJARAN BERSEDEKAH
RasulAllah Shollallahu
Alaihi Wa Sallam
menganjurkan kepada kita
umatnya untuk
memperbanyak sedekah,
hal itu dimaksudkan agar
rezeki yang Allah berikan
kepada kita menjadi
bertambah berkah.
Allah memberikan
jaminan kemudahan bagi
orang yang berdekah,
ganjaran yang
berlipatganda (700 kali)
dan sebagai ganti,
sebagaimana firman-Nya
dan sabda RasuluAllah
SAW, sbb:
Allah Ta'ala berfirman,
"Adapun orang yang
memberikan (hartanya di
jalan Allah) dan bertaqwa
dan membenarkan
adanya pahala yang
terbaik (syurga) maka
Kami kelak akan
menyiapkan baginya jalan
yang mudah".
(Qs. Al-Lail (92):5-8)
Allah Ta'ala berfirman,
"Perumpamaan (nafkah
yang dikeluarkan oleh )
orang-orang yang
menafkahkan hartanya di
jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh
bulir, pada tiap-tiap bulir
seratus biji. Allah
melipatgandakan
(ganjaran) bagi siapa yang
Dia kehendaki . Dan Allah
maha luas (kurnia-Nya)
lagi maha mengetahui".
(Qs. Al-Baqarah (2) : 261)
RasulAllah SAW
bersabda, "Setiap awal
pagi, semasa terbit
matahari, ada dua
malaikat menyeru kepada
manusia dibumi. Yang
satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti
kepada orang yang
membelanjakan hartanya
kepada Allah". Yang satu
lagi menyeru "musnahkanlah orang yang
menahan hartanya".
TOLAK BALA DENGAN
SEDEKAH
Orang-orang yang
beriman sangat sedar
dengan kekuatan sedekah
untuk menolak bala,
kesulitan dan berbagai
macam penyakit,
sebagaimana sabda
RasulAllah SAW , sbb: "Bersegeralah
bersedekah, sebab yang
namanya bala tidak
pernah mendahului
sedekah".
"Belilah semua
kesulitanmu dengan
sedekah".
"Ubatilah penyakitmu
dengan sedekah ".
Banyak dari kita yang
sudah mengetahui dan
memahami perihal
anjuran bersedekah ini,
namun persoalannya
seringkali kita teramat
susah untuk
melakukannya kerana
kekhuatiran bahawa kita
salah memberi, sebagai
contoh kadang kala kita
enggan memberi sedekah
kepada pengemis yang
kita temui ditepi jalan
dengan anggapan bahawa
mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan
meminta-minta sebagai
pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya
prasangka kita yang
demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah
yang tidak rela melihat
kita berbuat baik
(bersedekah), sebaiknya
mulai saat ini hendaknya
kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian
kerana seharusnya
sedekah itu kita niatkan
sebagai bukti keimanan
kita atas perintah Allah
dan rasul-Nya yang
menganjurkan umatnya
untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul
apabila ternyata
kemudiannya bahawa
sedekah yang kita beri
kepada pengemis/peminta
tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah
hakikatnya adalah ladang
amal bagi hamba-hamba
Allah yang bertakwa.
Pengemis/peminta/fakir
miskin lainnya adalah
ladang amal bagi orang
yang berkemampuan,
dapat kita bayangkan
andaikata tidak ada lagi
orang-orang tersebut,
kepada siapa lagi kita
dapat beramal
(bersedekah).
Walau bagaimanapun
dalam dunia yang semakin
gawat dan gayat ini
pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk
orang yang tidak suka
memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir
miskin) dengan berbagai
alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah
bersedekah dengan
menyiapkan sejumlah
wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke
kotak-kotak sumbangan
yang tersedia dan
biasakan dengan memberi
sejumlah minima setiap
Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang
RM5 kekotak amal
tersebut maka sebaiknya
Jum'at berikutnya harus
dengan jumlah yang
sama, syukur jika boleh
diberi lebih dan yang
terpentingnya harus
diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun
kecil tetapi amat berharga
disisi Allah Azza Wa Jalla.
Orang yang bakhil dan
kikir dengan tidak
menyedekahkan
sebahagian hartanya akan
rugi didunia dan akhirat
kerana tidak mendapat
keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang
bersedekah adalah untuk
kepentingan dirinya.
Sebab menginfakkan
(belanjakan) harta akan
memperoleh berkah dan
sebaliknya menahannya
adalah celaka.
Tidak
menghairankan jika orang
yang bersedekah
diibaratkan orang yang
melabur (invest) dan
menabung disisi Allah
dengan jalan
meminjamkan
pemberiannya kepada
Allah. Balasan yang akan
diperolehnya
berlipatganda. Mereka
tidak akan rugi meskipun
pada awalnya mereka
kehilangan sesuatu.
SEDEKAH YANG PAHALANYA
TERUS MENGALIR
Dari Abu Hurairah RA,
bahwa sesungguhnya
Rasulullah SAW, telah
bersabda : "Bila seorang
hamba telah meninggal,
segala amalnya terputus ,
kecuali tiga hal : amal
jariyah, ilmu yang
bermanfaat atau anak
shalih yang mendo'akannya".
(HR. Bukhari,
dalam Adabul Mufrad).
Berikut contoh konkrit,
sadaqah (amal) jariah,
yang pahalanya terus
mengalir walaupun si
pemberi sadaqah telah
meninggal :
SADAQAH JARIAH KEBAIKAN YANG TAK
BERAKHIR
1. Berikan Al-Quran pada
seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca,
anda mendapatkan
kebaikan.
2. Ajarkan seseorang
sebuah do'a. Pada
setiap bacaan do'a itu,
anda mendapatkan
kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi
roda ke Hospital dan
setiap orang sakit
menggunakannya, anda
mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon .
Setiap seseorang atau
hewan berlindung
dibawahnya atau makan
buahnya, anda dapat
kebaikan.
5. Tempatkan pendingin
air di tempat awam
6. Edarkan bacaan yang
membangun dengan
seseorang.
7. Libatkan diri dalam
pembangunan masjid
8. Edarkan CD Quran atau
Do'a.
9. Bantulah pendidikan
seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan
ini dengan orang lain.
Jika
seseorang menjalankan
salah satu dari hal diatas,
Anda dapat kebaikan
sampai hari Qiamat.
Jadilah dia "sejuta artikel" dengan meneruskan
artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama
muslim yang barangkali
belum mengetahuinya,
sehingga kita tidak
dilaknat Allah dan seluruh
mahluk kerana tidak
menyampaikan
(menyembunyikan) apa
yang telah kita ketahui,
sebagaimana dinyatakan
dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang
menyembunyikan apa
yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterang
an dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami
terangkannya kepada
manusia di dalam Kitab
Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat
oleh sekalian makhluk".
Dari Abdullah bin 'Amru
ra, RasulAllah S.A.W
bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupun hanya
satu ayat ".