Roh berkata dan
seluruh isi alam sama
yang ada di langit atau
bumi akan
mendengarnya kecuali
jin dan manusia,
apabila mayat
dimandikan, rohnya
berkata: "Wahai orang yang
memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan
pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab
pada saat ini aku
beristirahat daripada
seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil
merayu: "Wahai orang yang
memandikan, janganlah
engkau menuangkan
airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga
jangan menuangnya
dengan air yang dingin
kerana tubuhku
terbakar apabila
terlepasnya roh dari
tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi
merayu: "Demi Allah,
wahai orang yang
memandikan jangan
engkau menggosok aku
dengan kuat sebab
tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh" .
Setelah dimandikan dan
dikafankan, telapak kaki
mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan
berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu
kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya
sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali
terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah
meniggalkan isteriku
menjadi Balu. Maka
janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi
yatim dan janganlah
kalian Menyakiti
mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah
keluar dari rumahku
dan aku tidak akan
dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".
Sesudah
mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi
diserunya kepada
jemaah supaya jangan
mempercepatkan
mayatnya ke kubur
selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan
melangkah sebanyak
tiga langkah dari
rumah, roh pula
berpesan: " Wahai
Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan
kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia
memperdayakan aku
dan janganlah kamu
lalai ketika ini
sebagaimana ia
melalaikan aku. Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku
telah aku kumpulkan
untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung
kesalahanku. Adapun
didunia, Allah
menghisab aku, padahal
kamu berasa senang
dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu
mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada
Abi Qalabah mengenai
mimpi beliau yang
melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di
tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun
tidak seorang pun ada
tanda-tanda
memperolehi nur di
muka mereka. Dalam
mimpi itu, Abi Qalabah
dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan
yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat
jirannya mengenai
ketiadaan nur itu. Maka
mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi
mereka yang
memperolehi nur
adalah kerana petunjuk
daripada anak-anak dan
teman-teman.
Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak
yang tidak soleh dan
tidak pernah
mendoakan aku". Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia
memanggil anak
jirannya dan
menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi
mengenai bapak mereka.
Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu
berjanji di hadapan Abi
Qalabah akan mendoa
dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya
tidak lama selepas itu,
Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah
ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang
daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
"Apabila telah sampai
ajal seseorang itu maka
akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke
dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan
kemudian mereka
menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak
kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah
itu datang pula
sekumpulan malaikat
yang lain masuk
menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut
dan kemudiannya
mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan
malaikat yang lain
masuk dan menarik
rohnya dari perut
hingga sampai ke dada
dan kemudiannya
mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong
dan itulah yang
dikatakan saat nazak
orang itu".
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang
nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat
Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya
yang di sebelah kanan
sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat
kedudukannya di
syurga. Apabila orang
yang beriman itu
melihat syurga, maka
dia akan lupa kepada
orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah
kerana sangat rindunya
pada syurga dan
melihat terus
pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S. Kalau
orang yang nazak itu
orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang
yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya
di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka
yang akan menjadi
tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah
S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka
datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat
maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin
itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah
malaikat maut
mendengar penjelasan
itu, maka dia pun
kembali kepada
AllahS.W.T.dan
menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang
bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari
arah lain". Sebaik saja
malaikat maut
mendapat perintah
Allah S.W.T . maka
malaikat maut pun
cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah
tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah
tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim
dan keluar penulisan
ilmu. Maka berkata
tangan: "Tidak ada jalan
bagimu untuk
mencabut roh orang
mukmin dariarah ini,
tangan ini telah
mengeluarkan
sedekah. Tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan
ini menulis ilmu
pengetahuan". Oleh
kerana malaikat maut
gagal untuk mencabut
roh orang mukmin dari
arah tangan maka
malaikat maut cuba
pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat
maut juga gagal
melakukan sebab kaki
berkata: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik
mengerjakan solat
dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis
ilmu". Apabila gagal
malaikat
maut mencabut roh
orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik
saja malaikat maut
menghampiri telinga
maka telinga pun
berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan
zikir". Akhir sekali
malaikat maut cuba
mencabut orang
mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak
menghampiri mata
maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini sebab mata
ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis
kerana takutkan Allah".
Setelah gagal maka
malaikat maut kembali
kepada Allah S.W.T.
Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang
bermaksud: "Wahai
malaikatKu, tulis
AsmaKu ditelapak
tanganmu dan
tunjukkan kepada roh
orang yang beriman
itu." Sebaik saja
mendapat perintah
AllahS.W.T. maka
malaikat maut
menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan
Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat
Asma Allah dan
cintanya kepada
Allah S.W.T maka
keluarlah roh tersebut
dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah
ditanya tentang kemana
roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka
berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju
ketujuh tempat:
Roh para Nabi dan
utusan menuju ke
Syurga Adnin.
Roh para ulama menuju
ke Syurga Firdaus.
Roh mereka yang
berbahagia menuju ke
Syurga Illiyyina.
Roh para shuhada
berterbangan seperti
burung di syurga
mengikut kehendak
mereka.
Roh para mukmin yang
berdosa akan
tergantung di udara
tidak di bumi dan tidak
di langit sampai hari
kiamat.
Roh anak-anak orang
yang beriman akan
berada di gunung dari
minyak misik.
Roh orang-orang kafir
akan berada dalam
neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta
jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: "Tiga
kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya
oleh para malaikat pada
hari mereka keluar dari
kuburnya:
Orang-orang yang mati
syahid.
Orang-orang yang
mengerjakan solat
malam dalam bulan
ramadhan.
Orang berpuasa di hari
Arafah.
***
Propecia Galenica Article9 Viagra 800mg Reviews <a href=http://brandciali.com>overnight cialis delivery</a> Finasteride Ot Propecia buy accutane from canada Propecia For Sale In Usa
Procalis Levitra <a href=http://ciali5mg.com>tadalafil generic vs cialis</a> How To Buy Cialis Online